PEJABAT BENDAHARI
Semua Pengurus Bahagian
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Assalamualaikum Wr. Wb.,
Saudara,
PENERANGAN TATACARA PENERIMAAN HADIAH / DERMA DI KOLEJ UNIVERSITI
TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
1.0
Pengenalan
Tujuan pekeliling ini adalah untuk menerangkan tatacara Penerimaan Hadiah sebagai panduan semua PTJ berdasarkan kelulusan Pihak Berkuasa Universiti.
2.0
Latar Belakang
Penerimaan Hadiah/Derma
Walaupun Lembaga Pengarah Universiti mempunyai kuasa menerima hadiah tetapi penurunan kuasa hanya dibenarkan melalui surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 13 Tahun 1986, dari segi amalannya pengurusan penerimaan hadiah didapati kurang teratur kerana ketiadaan peraturan dan had-had kuasa yang ditetapkan oleh Universiti.
3.0
Tatacara Penerimaan
Hadiah KUiTTHO.
3.1 Kuasa penerimaan hadiah Universiti adalah seperti berikut:-
a) |
Timbalan Rektor (HEP) |
- |
Bagi sumbangan atau hadiah keseluruhan tidak melebihi RM50,000.00 |
b) |
Rektor |
- |
Sumbangan atau hadiah keseluruhan di antara RM50,000.00 - RM200,000.00 |
c) |
Lembaga Pengarah Universiti |
- |
Sumbangan atau hadiah melebihi RM200,000.00 |
3.2 Hadiah meliputi wang dalam bentuk cek, wang pos atau seumpama, barangan, peralatan dan perkhidmatan.
3.3 Penerimaan Hadiah dalam bentuk wang tunai tidak dibenarkan.
3.4 Penerima Hadiah/Ketua Pusat Tanggungjawab perlu terlebih dahulu memohon kelulusan penerimaan hadiah atau derma dari pihak berkuasa Universiti sebelum sesuatu hadiah diterima atau dipohon. Ini bermakna, bagi setiap program (rasmi atau tidak rasmi) yang melibatkan tajaan daripada pihak luar, permohonan berkenaan perlu dikemukakan kepada pihak Pengurusan Universiti untuk kelulusan dengan menyertakan kertas kerja.
3.5
Permohonan kepada
pihak berkuasa berkenaan perlu lengkap termasuk maklumat mengenai
kegunaan/kepentingan hadiah secara terperinci beserta nilai (RM) dan surat dari
penderma jika ada dan disalinkan kepada Bendahari. Kos peralatan bagi setiap
unit perlu disokong dengan pengesahan/inbois dari penderma atau pihak lain yang
boleh memberikan penilaian sewajarnya.
3.6 Permohonan untuk menjemput syarikat bagi penyerahan hadiah dibenarkan bagi aktiviti yang diluluskan oleh pihak berkuasa Universiti sahaja.
3.7
Tindakan setelah
hadiah diterima.
3.7.1
Hadiah dalam bentuk
wang
a) Penerima hadiah/jawatankuasa kecil berkenaan boleh menyimpan hadiah berbentuk wang dan menggunakannya seperti mana diluluskan.
b) Laporan terakhir pengurusan hadiah perlu disediakan dan dikemukakan kepada pihak berkuasa berkenaan (rujuk para 3.1) setelah pengurusan sesuatu aktiviti selesai atau sebelum akhir tahun kewangan.
c)
Penerimaan wang
untuk aktiviti di peringkat Universiti sahaja diakaunkan dalam akaun amanah.
3.7.2
Hadiah dalam bentuk
Harta Tetap
Setelah kelulusan diperolehi (rujuk Para 3.1) dan peralatan diterima Fakulti/Bahagian perlu menyediakan Daftar Harta Tetap (KEW.312) bersama dokumen sokongan dan mengemukakannya kepada Pejabat Bendahari.
3.8
Lain-lain Syarat
dan Peraturan Penerimaan Hadiah :-
3.8.1 Hadiah-hadiah yang diterima hendaklah diberikan oleh penderma secara percuma tanpa sebarang syarat dan ikatan.
3.8.2 Permohonan mendapatkan hadiah hanya dibenarkan bagi program di peringkat Universiti atau yang dibenarkan secara khusus oleh pihak berkuasa.
3.8.3 Hendaklah dipastikan barang-barang atau peralatan yang dihadiahkan adalah berkeadaan baik dan boleh dimanfaatkan.
3.8.4 Sesuatu hadiah/sumbangan yang diberikan oleh penderma hendaklah secara sukarela.
3.8.5 Penerimaan sesuatu hadiah itu tidak akan menyebabkan pengujudan jawatan baru bagi pengendaliannya.
3.8.6 Peruntukan Universiti adalah mencukupi bagi membiayai penyelenggaraan hadiah yang diterima.
3.8.7 Rektor/Pegawai Yang Bertanggungjawab perlu mempastikan hadiah yang diterima digunakan mengikut apa yang dihasratkan oleh penderma.
3.8.8 Semua penerimaan hadiah perlu dimaklumkan kepada pihak berkuasa Universiti.
4.0
Pembatalan
4.1 Pekeliling Bendahari(UTM) Bil.4/1998 mengenai Tatacara Penerimaan Hadiah dan adalah dengan ini dibatalkan.
5.0
Kuatkuasa
Pekeliling
5.1 Semua Ketua PTJ dan
pegawai-pegawai yang diberi kuasa untuk menguruskan perolehan di PTJ
dikehendaki mematuhi sepenuhnya tatacara perolehan ini. Jika terdapat
pelanggaran peraturan atau kecuaian pihak bertanggungjawab akan dibawa ke
Jawatankuasa Tatatertib Universiti untuk
tindakan surcharge.
5.2 Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.
Sekian , terima kasih. Wassalam.
Yang Benar.
Bendahari
Kolej Universiti Teknologi Tun Husssein Onn
s.k. |
i) |
Rektor |
|
ii) |
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar |
|
iii) |
Timbalan Rektor Akademik |
|
iv) |
Pendaftar |
|
v) |
Ketua Audit Dalam |