KOLEJ
UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
PEJABAT
BENDAHARI
__________________________________________________________________
KUiTTHO.PB/10.12/04( 11 )
30 Ogos 2003
Semua Pengurus
Bahagian
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Parit Raja, Batu Pahat
Assalamualaikum
Y.Bhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan,
PENUBUHAN
JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN PERINGKAT UNIVERSITI DAN PUSAT
TANGGUNGJAWAB
Tujuan Pekeliling ini adalah untuk menerangkan
kepada semua Pengurus Bahagian mengenai penubuhan Jawatankuasa Pengurusan
Kewangan Dan Akaun di peringkat Universiti dan Pusat Tanggungjawab.
Jawatankuasa Eksekutif Kolej Universiti Teknologi
Tun Hussein Onn telah meluluskan
perlakasanaan Pekeliling ini seperti berikut:-
1.0 Tujuan
1.1
Tujuan
Pekeliling ini adalah untuk menerangkan kepada semua Pengurus Bahagian mengenai
keperluan menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun di peringkat
Universiti dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) sebagai langkah untuk meningkatkan
pengurusan kewangan dan akaun di agensi-agensi Kerajaan dan bagi memenuhi
keperluan dan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pengurusan
Kerajaan Bil 1/95. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 2/1996 menggariskan cara
penubuhan Jawatankuasa tersebut serta bidang tugasnya.
1.2
Jawatankuasa
Eksekutif Universiti telah memutuskan supaya fungsi Jawatankuasa Pengurusan
Kewangan dan Akaun peringkat PTJ diterapkan didalam Jawatankuasa Pengurusan
Peringkat PTJ sedia ada. Oleh itu, PTJ tidak perlu menubuhkan Jawatankuasa
Pengurusan Kewangan dan Akaun secara berasingan.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1
Ketua
Audit Negara telah membangkitkan kelemahan-kelemahan pengurusan kewangan dan
akaun dalam laporannya tiap-tiap tahun. Kelemahan-kelemahan ini timbul kerana
Arahan Perbendaharaan dan lain-lain peraturan yang terkandung dalam Akta
Prosedur Kewangan 1957, Pekeliling-pekeliling dan Surat-surat Pekeliling
Perbendaharaan tidak dipatuhi sepenuhnya.
2.2
Isu-isu
mengenai pengurusan kewangan dan akaun yang kerap dibangkitkan dalam Laporan
Ketua Audit Negara boleh dikategorikan seperti berikut:-
2.2.1
Pengurusan
Perbelanjaan dimana kelemahan dalam pengurusan perbelanjaan mengurus dan
pembangunan menyebabkan perbelanjaan melebihi peruntukan, perbelanjaan kurang
daripada peruntukan, peruntukan tidak dibelanjakan langsung. Pindah peruntukan
dan tambahan peruntukan yang diluluskan tidak dibelanjakan. Kawalan
perbelanjaan yang kurang efektif turut menyebabkan perbelanjaan yang dilakukan
tidak selaras dengan kelulusan-kelulusan yang diberi. Perbelanjaan tidak
mematuhi tatacara perolehan, bil-bil tidak dijelaskan dalam tempoh masa 30 hari
dari tarikh diterima dan baucar-baucar pembayaran tidak disokong dengan
butir-butir lengkap.
2.2.2
Tatacara
Pengurusan Perakaunan tidak dipatuhi dengan sepenuhnya menyebabkan buku vot
tidak diselenggarakan dan dikemaskini dengan lengkap dan kemaskini, penyata
perbelanjaan bulanan tidak dikemaskinikan, penyesuaian buku vot dengan penyata
perbelanjaan terperinci dari sistem Kewangan (SKEW) tidak disediakan dan penyata-penyata
SKEW tidak disemak dan disahkan. Penyerahan Penyata Kewangan bagi Kumpulan Wang
Amanah, Penyata Terimaan dan Bayaran bagi Akaun Amanah dan Penyata Baki
Perseorangan Akaun Deposit juga tidak memenuhi keperluan pengauditan.
Dokumen-dokumen berkaitan dengan Akaun Amanah seperti Sijil Pengesahan Baki,
Senarai Baki Perseorangan dan Penyata Penyesuaian tidak dikemukakan untuk
pengauditan. Daftar Pendahuluan Diri/Pelbagai dan Akaun-akaun Panjar juga tidak
diselenggara dengan baik. Sijil Pengesahan Baki Panjar, Sijil Pengesahan Baki
Bank dan Penyata Penyesuaian bagi Akaun Panjar lewat dikemukakan untuk
pengauditan.
2.2.3
Pengurusan
Pungutan Dan Tunggakan Hasil dimana kelemahan penyeliaan dan pengawasan
menyebabkan beberapa peraturan pungutan hasil tidak dipatuhi. Contohnya
pemeriksaan mengejut ke atas peti besi/peti wang tidak dilakukan, semakan
harian tidak dibuat oleh pegawai penyelia untuk menentukan ketepatan catatan
dalam Daftar Mel, Buku Tunai dan Daftar Simpanan Selamat, resit-resit lewat
dicatatkan dalam buku tunai dan sebagainya.
2.3
Salah
satu daripada punca masalah ialah kurangnya penglibatan pihak pengurusan atasan
dalam hal-hal kewangan dan akaun. Secara amnya, ini menyebabkan kurangnya penyeliaan dan pengawasan ke atas pegawai
dan kakitangan. Penubuhan Jawatankuasa ini akan membantu Pihak Universiti dan
Pengurus Bahagian memantapkan lagi
pengurusan kewangan dan akaun.
3.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN
AKAUN UNIVERSITI MENGGANTIKAN JAWATANKUASA KHAS KEWANGAN SEDIA ADA
3.1
Jawatankuasa
ini yang dipengerusikan oleh Rektor untuk mengawasi, mengesan dan menyelia
semua urusan kewangan dan akaun supaya berjalan lancar serta menepati kehendak
Pekeliling kewangan yang dikuatkuasa oleh Universiti.
3.2 Bidang tugas Jawatankuasa
meliputi semua aspek pengurusan perbelanjaan (mengurus dan pembangunan) dan
lain-lain termasuk diperingkat Pusat Tanggungjawab.
4.0 PENERAPAN FUNGSI JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN
AKAUN PERINGKAT PTJ DALAM JAWATANKUASA PENGURUSAN PERINGKAT PTJ SEDIA ADA
4.1
Perluasan
skop tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan PTJ yang dipengerusikan oleh
Pengurus Bahagian akan membantu Rektor untuk mengawasi, mengesan dan menyelia
semua urusan kewangan dan akaun supaya berjalan lancar dan menepati kehendak
Pekeliling kewangan yang dikuatkuasa oleh Universiti.
4.2
Bidang
tugas Jawatankuasa meliputi semua aspek pengurusan perbelanjaan (mengurus dan
pembangunan),pengurusan perakaunan (Buku Vot, Akaun Panjar,Pendahuluan
Diri/Pelbagai dan Kumpulan WangAmanah/Akaun Amanah/ Akaun Deposit), pengurusan
pungutan dan tunggakan hasil, penyediaan dan teguran-teguran audit, laporan
Unit Audit Dalam dan perancangan latihan untuk pegawai serta kakitangan yang
mengurus hal-hal kewangan dan akaun. Disamping itu, Laporan Suku Tahun
Perbelanjaan, Laporan Pemantauan Perolehan, Laporan Anggaran Tunai Mengurus,
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga PTJ, Mesyuarat Jawatankuasa
Sebutharga Universiti, Perjanjian Program PTJ (dibuat suku tahun) dan
Jawatankuasa Perolehan Universiti serta Laporan Projek yang menggunakan Peruntukan
Pembangunan akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Senarai semakan bidang
tugas adalah seperti Lampiran A.
4.3
Kekerapan
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan di peringkat PTJ hendaklah diadakan tiap-tiap
bulan atau sekurang-kurangnya dua bulan sekali. Mesyuarat yang diadakan secara
tersusun boleh membantu Jawatankuasa mengesan dan mengawasi operasi kewangan
dan perakaunan dengan lebih berkesan.
4.4 Permohonan mengenai pindahan/ tambahan peruntukan perlu dibincang dan
diluluskan didalam Mesyuarat tersebut dan salinan minit hendaklah dikemukakan
ke Pejabat Bendahari semasa permohonan dibuat.
4.5
Salinan minit mesyuarat
berkaitan hal- hal kewangan PTJ perlu disalinkan kepada urusetia Jawatankuasa
Pengurusan Kewangan dan Akaun peringkat Universiti di Pejabat Bendahari
seminggu selepas mesyuarat pengurusan di peringkat pengurusan diadakan.
5.0 Kuatkuasa Pekeliling
Surat Pekeliling ini
berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA"
Yang benar,
HJ. ABU BAKAR
BIN HUSSAIN
Bendahari
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
( (4536007
s.k |
- |
Rektor |
|
- |
Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) |
|
- |
Timbalan Rektor (Akademik) |
|
- |
Ketua Audit Dalam |
Lampiran A
SENARAI SEMAKAN JAWATANKUASA
PENGURUSANKEWANGAN DAN AKAUN
Senarai ini mengandungi perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh
Jawatankuasa Kewangan dan Akaun Universiti dan Jawatankuasa Pengurusan PTJ.
1. Pengurusan Perbelanjaan (Mengurus dan Pembangunan)
a)
Meneliti
Penyata Perbelanjaan bulanan Universiti/Pusat Tanggungjawab;
b)
Mengkaji
prestasi perbelanjaan keseluruhan Universiti/Pusat Tanggungjawab dan mengesan
kekurangan/kelebihan peruntukan;
c)
Memastikan
supaya Laporan Perbelanjaan Suku Tahun (perbelanjaan mengurus) yang dikehendaki
oleh Surat Pekeliling mengenai Garis Panduan Bagi Penyediaan Cadangan
Perbelanjaan Tahunan dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia (Bahagian
Belanjawan) dalam tempoh yangditetapkan;
d)
Meneliti
perancangan untuk menggunakan lebihan bagi menampung kekurangan secara agihan
semula dan pindah peruntukan;
e)
Menentukan
semua perbelanjaan yang dilakukan adalah selaras dengan kelulusan yang telah
diperolehi;
f)
Menentukan
semua perbelanjaan mematuhi tatacara perolehan yang ditetapkan;
g)
Meneliti
dan menyokong/ meluluskan permohonan peruntukan tambahan PTJ.
h)
Menentukan
peruntukan adalah mencukupi untuk menampung perbelanjaan;
i)
Menentukan
semua bil dibayar dalam tempoh satu bulan;
j)
Menentukan
semua bil disokong dengan butir-butir lengkap.
k)
Memastikan
Laporan Suku Tahun Perbelanjaan, Laporan Pemantauan Perolehan, Laporan Anggaran
Tunai Mengurus, Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga PTJ, Mesyuarat
Jawatankuasa Sebutharga Universiti, Perjanjian Program PTJ (dibuat suku tahun)
dan Jawatankuasa Perolehan Universiti.
l)
Pihak
Pejabat Pembangunan & Pengurusan Hartabina menyediakan Laporan Projek
menggunakan Peruntukan Pembangunan
2. Pengurusan Perakaunan
a)
Menentukan
dasar-dasar perakauan yang boleh diterimapakai oleh Universiti berseuaian
dengan kehendak piawaian MASB.
b)
Menentukan
buku vot mengurus, pembangunan dan amanah diselenggarakan mengikut Tatacara
Penyelenggaraan Buku Vot dengan betul dan kemaskini;
c)
Menentukan
penyata penyesuaian buku vot dengan penyata perbelanjaan terperinci Universiti/
PTJ dibuat tiap-tiap bulan;
d)
Menentukan
penyata perbelanjaan bulanan/tahunan disahkan;
e)
Menentukan
akaun Panjar Wang Tunai diuruskan mengikut Arahan Perbendaharaan dan
Peraturan-peraturan yang ditetapkan seperti berikut:
i.
Penyata
Pengesahan Baki Akaun Panjar disediakan;
ii.
Penyata
Penyesuaian bagi baki mengikut rekod pemegang panjar (kecuali Panjar Wang
Runcit) dan baki mengikut penyata Bendahari/Bank disediakan tiap-tiap bulan;
dan
iii.
Sijil
Perakuan Panjar dan dokumen sokongan dikemukakan untuk diaudit;
f)
Menentukan
Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah/Akaun Deposit diuruskan mengikut
peraturan-peraturan yang ditetapkan seperti berikut:
i. Penyata kewangan bagi
Kumpulan Wang Amanah, Penyata Terimaan dan Bayaran bagi Akaun Amanah perlu
disediakan dan dikemukakan untuk diaudit;
ii. Penyata Penyesuaian Baki
mengikut rekod Pegawai Pengawal dengan baki mengikut Bendahari /Bank disediakan
tiap-tiap bulan;
iii. Senarai baki individu bagi
Akaun Deposit dan Akaun Amanah disediakan/dikemaskini dan dikemukakan untuk
diaudit;
iv. Tindakan yang sesuai diambil
ke atas akaun-akaun yang tidak bergerak; dan
v. Kumpulan Wang Amanah, Akaun
Amanah dan Akaun Deposit mestilah tidak berbaki debit pada bila-bila masa.
g)
Pendahuluan
Diri/Pelbagai:
i.
Catatan
pada daftar dikemaskinikan;
ii.
Senarai
pegawai yang lewat membayar balik pendahuluan disediakan; dan
iii.
Tindakan
mengutip balik/potongan gaji di-laksanakan.
3. Pengurusan Pungutan Dan Tunggakan Hasil
a)
Menentukan
resit dikeluarkan bagi semua kutipan hasil;
b)
Menentukan
semua kutipan dibankkan dengan segera;
c)
Menentukan
buku-buku resit, lesen dan lain-lain yang belum digunakan disimpan dengan
selamat;
d)
Menentukan
kadar-kadar bayaran telah mendapat kelulusan sewajarnya;
e)
Mengkaji
semula kadar-kadar bayaran dari masa ke semasa supaya munasabah dan berpatutan;
f)
Mengambil
tindakan untuk mengutip hasil dengan segera;
g)
Mengambil
tindakan untuk mengutip tunggakan hasil supaya tunggakan hasil sentiasa
terkawal.
5. Pertanyaan
Audit
a)
Menyelenggarakan
satu rekod bagi semua pertanyaan audit yang
diterima;
b)
Menentukan
semua teguran audit diberi perhatian dan tindakan
sewajarnya diambil untuk mengatasi masalah-masalah yang
dibangkitkan; dan
c)
Menentukan
maklumbalas/ulasan diberi kepada pihak berkuasa.
6. Laporan Unit Audit Dalam
a)
Meneliti
laporan Unit Audit Dalam;
b)
Mempertimbangkan
serta melaksanakan syor-syor untuk mengatasi masalah yang dibangkitkan.
7. Latihan
a)
Meneliti
keperluan latihan bagi pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pengurusan
kewangan dan akaun;
b)
Membuat
perancangan untuk memenuhi keperluan latihan secara berjadual dan berterusan;
dan
c)
Menyimpan
rekod-rekod latihan pegawai dan kakitangan.