PEJABAT BENDAHARI
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI
TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.(PB)10.12/03.Jld.2(
57 ) Tarikh: 15 Oktober 2001
SURAT PEKELILING BENDAHARI
BILANGAN 2/ 2001
Semua
Pengurus Bahagian
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Saudara,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara
diatas.
Sukacita dimaklumkan bahawa kuasa menandatangani
surat factoring dan surat pelepasan cukai kastam hanya dibenarkan kepada
Pejabat Bendahari.
Sehubungan dengan itu juga pihak saudara adalah
diingatkan supaya Fakulti/Pusat/Bahagian tidak menandatangani surat factoring
dan surat pelepasan cukai kastam. Semua dokumen berkaitan hendaklah diserahkan
kepada Pejabat Bendahari untuk disempurnakan.
Pekeliling ini adalah berkuatkuasa pada tarikh ia
diedarkan.
Kerjasama dan perhatian saudara dapat
memanjangkan perkara tersebut ke bahagian saudara yang berkenaan mengenai
perkara ini dan didahului dengan ucapan
terima kasih.
Sekian , terima kasih. Wassalam.
Yang Benar.
Pemangku Bendahari
Samb. 6007
s.k. 1. Yang Berbahagia Rektor, KUiTTHO
2.
Timbalan
Rektor (HEP)
3.
Timbalan
Rektor (Akademik)
4.
Pendaftar
5.
Audit Dalam