KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
________________________________________________________________________
KUiTTHO.PB/10.12/03.Jld. 2 (60) Tarikh: 25 Oktober 2001
SURAT PEKELILING
BENDAHARI BILANGAN 4/ 2001
Semua
Pengurus Bahagian
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Saudara,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan telah membuat keputusan untuk memberikan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM 1,000.00.
Pembayaran bonus tersebut akan dibayar secara 2 peringkat iaitu:
a) Bagi staf yang mula berkhidmat sebelum 1 Januari 2001, pembayaran akan dibuat bersama-sama gaji bulan November 2001.
b) Walau bagaimanapun pembayaran bonus bagi staf berikut akan diuruskan pada bulan Disember 2001 setelah Pekeliling dari Jabatan Perkhidmatan Awam berkaitan dengan pembayaran bonus diterima:
i) Staf yang mula berkhidmat selepas 1 Januari 2001.
ii) Staf Pengurusan Tertinggi dan yang setaraf.
iii) Staf yang menerima kenaikan pangkat.
iv) Staf kontrak
v) Staf cuti tanpa gaji / separuh gaji untuk tahun 2001.
vi) Cuti belajar.
Kerjasama dan perhatian saudara adalah diharapkan agar dapat memanjangkannya kepada staf di bahagian saudara.
Sekian , Wassalam.
Yang Benar ,
Pemangku Bendahari
Samb. 6007
s.k. 1. Yang Berbahagia Rektor, KUiTTHO
2. Timbalan Rektor(HEP)
3. Timbalan Rektor(Akademik)
4. Pendaftar
5. Audit Dalam