KOLEJ
UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
PEJABAT
BENDAHARI
_____________________________________________________________________________
KUiTTHO.PB/10.12/03/Jld.II(62) November 2001
SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 5/2001
Semua
Pengurus Bahagian
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Parit Raja, Batu Pahat
Assalamualaikum
Y.Bhg. Prof./Saudara
Panduan
Mengemukakan Tuntutan Perbelanjaan Mengurus Bagi Akhir Tahun 2001 Dan
Penyata Panjar Wang Runcit
1.0
Tujuan
1.1 Tujuan
Pekeliling ini adalah untuk menerangkan kepada semua Pengurus Bahagian mengenai
tatacara mengemukakan tuntutan pembayaran bagi tahun kewangan berakhir 31
Disember 2001 bagi memenuhi keperluan Surat Pekeliling Am JPM Bil. 1 Tahun 1995
yang menghendaki Akaun Kolej Universiti yang ditutup pada 31 Disember
dilaporkan segera kepada Kabinet.
1.2 Bagi
tahun 2001 ini seperti juga pada tahun 2000, Pejabat ini tidak akan mengenakan
bayaran kepada akaun kena bayar (sipiutang pada bulan Januari 2002 bagi
perbelanjaan yang lewat dikemukakan dan tidak sempat dibuat bayaran dalam tahun
2001).
1.3
Dengan
yang demikian semua perbelanjaan tahun 2001 yang lewat dikemukakan kepada
Pejabat Bendahari akan dikenakan kepada peruntukan tahunan semasa tahun 2002.
1.4 Semua Pusat
Tanggungjawab diminta untuk memberi perhatian kepada Pekeliling ini dengan
mengemukakan semua tuntutan perbelanjaan tahun 2001 dengan segera sebelum atau
pada 14 Disember 2001 untuk membolehkan pembayaran diproses sebelum hujung
tahun, bagi kerja yang disempurnakan dan perkhidmatan atau barang-barang yang
telah diterima.
2.0
Tarikh
Akhir Mengemukakan Tuntutan Pembayaran Bagi Belanja Mengurus 2001.
2.1 Semua Pengurus
Bahagian yang menjaga peruntukan adalah diingatkan supaya mengemukakan tuntutan
pembayaran dan sampai ke Pejabat Bendahari selewat-lewatnya pada 14 Disember
2001 untuk membolehkan Pejabat ini memproses pembayaran dalam tahun 2001.
2.2 Tuntutan
pembayaran yang diterima selepas tarikh tersebut jika tidak sempat diproses
akan dikembalikan kepada Pusat Tanggungjawab untuk diberi nombor siri baru
tuntutan dan dikenakan kepada peruntukan tahun 2002.
2.3 Semua
tuntutan pembayaran termasuk pendahuluan bagi tempoh 15 - 31 Disember 2001 adalah dibekukan. Pusat Tanggungjawab diminta membuat
perancangan lebih awal dan sekiranya terdapat 'urgency' di pihak Pusat
Tanggungjawab, permohonan berkenaan hendaklah dikemukakan sebelum 25 Disember
2001.
3.0
Pembayaran
Yang Dikenakan Kepada Akaun Amanah (Perundingan/Penyelidikan/Seminar/Kursus)
Dan Pembangunan.
3.1 Semua
urusniaga yang melibatkan aktiviti tersebut (bukan mengurus) boleh dikemukakan
secara biasa dan akan diperakaunkan dalam tahun di mana pembayaran berkenaan
diproses.
4.0
Rekupmen
Panjar Wang Runcit Yang Terakhir Untuk Perbelanjaan Tahun 2001.
4.1 Rekupmen
wang runcit terakhir bagi tahun 2001 hendaklah dikemukakan seperti berikut:-
4.1.1 Semua
pemegang panjar wang runcit adalah dikehendaki memulangkan baki panjarnya
(dengan tangan) pada 14 Disember 2001.
Pembayaran menggunakan wang runcit dari 15 hingga 31 Disember 2001 tidak
dibenarkan.
4.1.2 Di
samping dokumen-dokumen yang lazimnya (bil atau tuntutan) dikemukakan bersama
rekupmen terakhir hendaklah juga disertakan tiga salinan Perakuan Panjar Wang
Runcit seperti di Lampiran A dan B (contoh berkembar).
4.1.3 Perakuan
Panjar Wang Runcit pada akhir tahun 2001 mestilah ditandatangani oleh Pengurus
Bahagian dan dicop dengan cop rasmi Pejabat.
4.1.4 Empat
set Perakuan Panjar Wang Runcit masih perlu dihantar ke Pejabat Bendahari
walaupun tiada rekupmen dibuat.
4.1.5 Kelewatan
mengemukakan Perakuan Panjar Wang Runcit boleh diambil tindakan menarik balik
panjar yang telah diberikan.
4.1.6 Sekiranya
perlukan keterangan lanjut sila hubungi Cik
Azizah Binti Nasri dan En. Ramlee Bin Laibak.
5.0
Pungutan
Hasil/Amanah
5.1 Semua
pungutan hasil/amanah yang dibuat oleh Pusat Tanggungjawab sehingga 24 Disember
2001 hendaklah dikemukakan bersama resit sementara serta wang tunai ke Pejabat
Bendahari pada atau sebelum 26 Disember 2001 sebagai penerimaan terakhir
untuk diakaunkan dalam tahun 2001.
6.0
Perakuan
Terhadap Pesanan Tempatan 2001 (Perbelanjaan Mengurus)
6.1 Jika
terdapat pesanan tempatan 2001 atau tuntutan yang telah disempurnakan bekalan
dan perkhidmatan pada atau sebelum 29 Disember 2001 tetapi tidak dapat
diperakukan pembayarannya pada atau sebelum 14 Disember 2001 oleh sebab-sebab
tertentu, sila kemukakan senarai bersama pesanan tempatan, 'invoice' dan
'delivery order' yang telah disahkan ke Pejabat ini (dengan tangan kepada En. Mohamad
Nazim Bin Sarif) pada atau sebelum 10 Januari 2002 untuk diakaunkan
sebagai sipiutang khas 2001.
6.2 Senarai
tersebut hendaklah mengandungi butir-butir berikut:-
6.2.1 Nombor
Pesanan Tempatan/Invoice/Delivery Order.
6.2.2 Nama
Syarikat/Pembekal.
6.2.3 Nombor
Vot.
6.2.4 Jumlah
Harga Barang.
6.2.5 Tarikh
Peralatan/Perkhidmatan Diterima.
7.0
Penutup
7.1 Peraturan
pembayaran dan rekupmen panjar wang runcit serta lain-lain panduan di atas
hendaklah dipatuhi sepenuhnya dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Saudara adalah
sangat-sangat diharapkan.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Yang benar
HJ. ABU BAKAR BIN HUSSAIN
Pemangku Bendahari
( 4546007
s.k |
- |
Rektor |
|
- |
Timbalan Rektor (Hal Ehwal
Pelajar) |
|
- |
Timbalan Rektor (Akademik) |
Lampiran A
CONTOH
PERAKUAN PANJAR WANG RUNCIT SEPERTI PADA
14 DISEMBER 2001
1.
Saya perakui bahawa baki wang runcit yang ada dalam
tangan saya selepas tutup urusan pada hari kerja terakhir dalam tahun 2001
adalah sebanyak RM78.59 (Ringgit Malaysia:
Tujuh Puluh Lapan Dan Sen Lima Puluh Sembilan Sahaja) merupakan
sebahagian daripada wang RM200.00 yang diberi kepada saya telah diperakaunkan
dengan betul seperti berikut:-
(a) Amaun yang didahulukan kepada saya 200.00
Tolak:
(b)
Rekupmen yang diminta tetapi belum dijelaskan
seperti
dalam senarai yang dikembarkan
(sehingga
14 Disember 2001) 30.00
(c)
Rekupmen di tangan seperti dalam senarai
yang dikembarkan 91.41 121.41
78.59
Disokong oleh:
(d)
Wang tunai di tangan 78.59 78.59
2.
Senarai sokongan yang disertakan dengan perakuan ini
telah disahkan oleh Pegawai yang bertanggungjawab tentang kebetulannya.
tt
Tarikh: 14 Disember 2001 Nama pegawai yang bertanggungjawab
atas kewangan/Panjar Wang Runcit
tt
Tarikh: 14 Disember 2001 Pengurus
Bahagian
Cop rasmi jabatan