BEN-SPK(05/2002)D
KOLEJ
UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
PEJABAT
BENDAHARI
_____________________________________________________________________________
KUiTTHO.PB/10.12/03/Jld.II( 5 )
8 Oktober 2002
SURAT
PEKELILING BENDAHARI BIL. 5 /2002
Semua Pengurus Bahagian
Kolej
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Parit
Raja, Batu Pahat
Assalamualaikum
Y.
Bhg. Dato’/Prof/Tuan/Puan,
Panduan Pengurusan
Perolehan Sehingga AkhirTahun 2002
1.0
Tujuan
1.1
Tujuan Pekeliling ini adalah untuk menerangkan kepada
semua Pengurus Bahagian mengenai tatacara menguruskan perolehan sehingga akhir
tahun 2002.
1.2
Bagi tahun 2002 ini seperti juga pada tahun 2001,
Pejabat ini mendapati semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) masih ada yang
mengeluarkan perolehan bagi nilai melebihi RM1,000.00 keatas melepasi tarikh
yang ditetapkan pada bulan November. Kesannya semasa PTJ mengemukakan senarai pesanan
rasmi bagi bekalan/perkhidmatan/kerja yang telah siap sehingga 31 Disember 2002
atau kerja-kerja bekalan/perkhidmatan/kerja belum lagi dibuat tidak lengkap.
1.3
Dengan yang demikian
semua perbelanjaan tahun 2002 yang lewat dikemukakan/tidak termasuk dalam
tanggungan PTJ, kepada Pejabat Bendahari akan dikenakan kepada peruntukan tahun
hadapan. Cth. tahun 2003.
1.4
Pihak PTJ diminta
membuat penyelarasan di peringkat PTJ demi memastikan perkara di para 2.0, 4.0
dan 5.0 dapat disediakan dengan lengkap.
2.0
Tarikh Akhir Mengeluarkan
Pesanan Rasmi Bagi Belanja Mengurus 2002.
2.1
Semua Pengurus Bahagian yang menjaga peruntukan adalah
diingatkan supaya memastikan pemantauan keatas keadah perolehan dilaksanakan.
2.2
Tarikh akhir pengeluaran Pesanan Rasmi oleh PTJ
ditetapkan ialah sehingga 20 November 2002.
Perolehan yang diterima selepas tarikh tersebut jika tidak sempat diproses perlu
dibuat pada tahun 2003 dan diminta membuat proses perolehan yang baru.
2.3
Pihak Kementerian
Pendidikan telah memaklumkan bahawa semua peruntukan yang diberi hendaklah
dibelanjakan mengikut perancangan yang telah dibuat. Sekiranya peruntukan tidak dapat dibelanjakan
(di peringkat baucer bayaran) sehingga akhir tahun ia akan ditarik balik.
2.4
Pejabat Bendahari
telah menetapkan bahawa semua peruntukan yang tidak dikomit di peringkat
permohonan/tender (sekiranya ia melibatkan bekalan/perkhidmatan/kerja-kerja) sebelum 20 November 2002 akan ditarik balik.
2.5
Sistem perolehan
secara berkomputer akan ditutup selepas tarikh 20 November 2002 dan PTJ tidak akan dapat membuat sebarang
transaksi perolehan.
3.0
Perolehan Yang
Dikenakan Kepada Akaun Amanah (Perundingan/Penyelidikan/Seminar/Kursus) Dan
Pembangunan.
3.1
Semua urusniaga yang melibatkan aktiviti tersebut (bukan
mengurus) boleh dikemukakan secara biasa.
3.2
Tatacara Kewangan adalah tertakluk Peraturan Kewangan
yang ditetapkan oleh Universiti.
4.0
Perakuan Terhadap
Pesanan Tempatan 2002 (Perbelanjaan
Mengurus)
4.1
Jika terdapat pesanan tempatan 2002 atau tuntutan yang
telah disempurnakan bekalan dan perkhidmatan pada atau sebelum 28 Disember 2002
tetapi tidak dapat diperakukan pembayarannya pada atau sebelum 15 Disember 2002 oleh sebab-sebab tertentu, sila
kemukakan senarai bersama pesanan tempatan, 'invoice' dan 'delivery order' yang
telah disahkan ke Pejabat ini (dengan tangan kepada En. Mohamad Nazim Bin
Sarif) pada atau sebelum 10 Januari 2003
untuk diakaunkan sebagai sipiutang khas 2002.
4.2
Pihak PTJ diminta mengemukakan maklumat seperti di para
4.3 pada 29 November 2002 dan 29
Disember 2002 ke Unit Perolehan, Pejabat Bendahari.
4.3
Senarai tersebut hendaklah mengandungi butir-butir
berikut:-
4.3.1
Nombor Pesanan Tempatan/Invoice/Delivery Order.
4.3.2
Nama Syarikat/Pembekal.
4.3.3
Nombor Vot.
4.3.4
Jumlah Harga Barang.
4.3.5
Tarikh Peralatan/Perkhidmatan Diterima.
5.0
Pembatalan
Terhadap Pesanan Tempatan 2002 dan Sebelumnya (Perbelanjaan Mengurus)
5.1
Jika terdapat pesanan tempatan 2002 dimana pihak
Syarikat gagal membekalkan bekalan/perkhidmatan/kerja dalam tarikh yang
ditetapkan dalam Pesanan Resmi, pihak Syarikat atau PTJ diminta memaklumkan
tempoh perlanjutan dan disalinkan kepada Pejabat Bendahari. Sekiranya gagal
dimaklumkan selepas dari tempoh berkenaan Pesanan Tempatan tersebut akan
dibatalkan serta-merta.
5.2
Pihak PTJ diminta mengemukakan maklumat seperti di para
5.3 pada 29 November 2002 dan 29
Disember 2002 ke Unit Perolehan, Pejabat Bendahari.
5.3
Senarai tersebut hendaklah mengandungi butir-butir
berikut:-
5.3.1
Nombor Pesanan Tempatan.
5.3.2
Nama Syarikat/Pembekal.
5.3.3
Nombor Vot.
5.3.4
Jumlah Harga Barang.
5.3.5
Tarikh Peralatan/Perkhidmatan Diterima.
5.3.6
Surat Pengesahan Perlanjutan Tempoh dari PTJ dan
pembekal.
Surat Pekeliling
ini adalah berkuatkuasa serta merta.
Kerjasama dan
perhatian Y. Bhg. Dato’/Prof/Tuan/Puan supaya dapat memanjangkan kepada pegawai
PTJ yang berkenaan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA"
Yang benar
HJ. ABU
BAKAR BIN HUSSAIN
Pemangku Bendahari
( ( 4546007
s.k |
- |
Rektor |
|
- |
Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) |
|
- |
Timbalan Rektor (Akademik |
|
- |
Ketua Audit Dalam |